Saturday 29 October 2011

Sembang-Sembang Student 2011


Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.


Tempat: TV Lounge, Octagon Centre, University of Sheffield
Tarikh: 28hb Oktober 2011
Masa: 7.30 petang – 9.00 malam

Program Sembang-Sembang Student ialah program pertama dalam perangkaan aktiviti KUSheff untuk tahun 2011. Program ini terbuka kepada pelajar tahun dua dan tahun tiga jurusan kejuruteraan kimia, mekanikal dan elektrikal . Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila disertai oleh 45 orang pelajar.

Objektif  Program Sembang-Sembang Student ini ialah:
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan untuk mendapatkan pencapaian terbaik dalam tahun kedua supaya mereka dapat menyambung pelajaran ke tahap MEng.
  • Perkongsian pengalaman daripada pelajar tahun tiga yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.
  • Perkongsian tips-tips pembelajaran yang effektif
  • Mengeratkan ukhuwah antara pelajar-pelajar di Sheffield.

Program ini dimulakan seawal jam 7.30 petang di TV Lounge, Octagon Centre yang berdekatan dengan kawasan University of Sheffield. Ini bagi memudahkan kepada semua pelajar yang tinggal di kawasan berhampiran untuk hadir.

Peserta-peserta telah dibahagikan ke dalam kumpulan kecil mengikut jurusan iaitu kejuruteraan kimia, mekanikal dan elektrikal. Setiap kumpulan mempunyai pelajar tahun tiga sebagai mentor dan mereka bebas untuk berkongsi serta bertanyakan pendapat tentang sistem pembelajaran di University of Sheffield. Program ini dianjurkan khas untuk pelajar kejuruteraan sahaja kerana jurusan kejuruteraan merupakan jurusan yang mencabar apabila setiap pelajar perlu mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam setiap semester untuk memastikan mereka dapat menyambung pelajaran ke tahap MEng.

Diharapkan dengan bantuan pelajar tahun tiga, mereka akan lebih bersedia dan bersemangat untuk berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Program ini tamat pada jam 9.00 malam.
Secara keseluruhannya, kesemua peserta amat berpuas hati dengan program yang telah dianjurkan dan mereka menggalakkan supaya program ini diteruskan untuk pelajar-pelajar baru yang akan datang melanjutkan pelajaran di University of Sheffield pada tahun hadapan.



Laporan disediakan oleh,
Izzati Ellyani Abdul Rahman
Exco Akademik
KUSheff 2010/2012

 

Saturday 30 April 2011

KUSHEFF BADMINTON TOURNAMENT 2011 – WOMEN

LAPORAN KUSHEFF BADMINTON TOURNAMENT 2011 – WOMEN

Tempat: Indoor Court, Goodwin Sports Centre
Tarikh: 30 April 2011
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

KUSheff Badminton Tournament 2011-Women telah diadakan buat julung-julung kalinya di Sheffield pada 30 April 2011. Penyertaan terbuka kepada semua wanita yang menetap di Sheffield dan dikenakan  bayaran sebanyak £2 seorang.
Objektif kejohanan ini dianjurkan adalah:
1.       Mengeratkan hubungan yang baik antara komuniti Sheffield wanita, baik pelajar ‘undergraduate’ mahu pun ‘postgraduate’.
2.       Menggalakkan interaksi yang sihat dan aktif dalam kalangan komuniti Sheffield, sama ada warganegara Malaysia mahupun bukan Malaysia.

Kejohanan ini telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dan telah disertai oleh 12 orang pemain iaitu 6 pasangan beregu. Wakil dari komuniti Brunei Darussalam iaitu BruSheff juga turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Berikut adalah senarai peserta yang mengambil bahagian:

No.
Peserta
1.
Dk Nor Haslina Pg Osman
Nur Aainaa Mahmud
2.
Nurdalila Yahya
Nor Hamira Mohd Taib
3.
Nurul Hanira Mohd Zam
Munirah Abu Bakar
4.
Siti Nor Fatiha Haji Zaidin
Rauhah Alipudin
5.
Nurul Afiqah Nordin
Naztiana Omar
6.
Ezadora Najiha Mohamad
Nur Faridah Mohd Mazni

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasangan. Pemain perlu bermain 2 set dalam satu perlawanan. Jika seri, set ke-3 akan diadakan. Sistem pemarkahan yang digunakan adalah liga, di mana juara kumpulan A akan bertanding dengan naib juara kumpulan B dan juga sebaliknya. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga menerima hadiah berupa ‘medal’ manakala hadiah saguhati diberikan kepada yang tidak berjaya.

Aktiviti tamat pada jam 2.00 petang  dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada setiap peserta oleh Presiden KUSheff, Saudari Nur Shazana Tukirin. Secara keseluruhannya, kejohanan badminton ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari komuniti Sheffield. Pihak KUSheff memperoleh tindak balas positif daripada para peserta dan mereka berbesar hati untuk menyertai aktiviti sukan seperti kejohanan badminton ini lagi pada masa akan datang.

Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kejohanan badminton tersebut:












Laporan disediakan oleh:
Syaheeda Mohd Ghazali
Liaison and Media Officer
KUSheff 2010/2012

Sunday 20 March 2011

Career Talk and CV Development

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 5 Mac 2011 yang lalu, KUSheff telah menganjurkan program 'Career Talk & CV Development' yang bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar 'undergraduate' tentang persediaan menghadapi alam pekerjaan kelak. Seramai 30 orang pelajar terlibat di dalam program ini.


5 orang 'speaker' berpengalaman telah dijemput bagi melancarkan lagi majlis pada hari tersebut, iaitu:
  1. Encik Zul Salim - Sharing Session: Professional Experience
  2. Encik Manan Kasri - Interview Skills Sharing Session
  3. Puan Wan Kamariah - CV Development
  4. Encik Azizi - Internship/Job Opportunities
  5. Ir Roesli - Career from Different Perspective











  








 *Laporan lanjut akan dikemaskini kelak.


Sekian, terima kasih.

Friday 18 March 2011

Pengenalan

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Kelab UMNO Sheffield (KUSheff) ingin membuka lembaran baru dalam usaha memperbaiki gerakan kelab ini. Oleh yang demikian, kami telah menubuhkan satu blog baru iaitu kelabumnosheffield.blogspot.com untuk menggantikan blog lama kami iaitu kusheff.wordpress.com.

Dengan perubahan ini, KUSheff membawa harapan yang besar untuk melangkah maju ke hadapan di samping  dapat memberi manfaat kepada semua penduduk Sheffield dan warga Malaysia di United Kingdom ini.

Sebarang pertanyaan, kemusykilan, mahupun pandangan amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.