Saturday 30 April 2011

KUSHEFF BADMINTON TOURNAMENT 2011 – WOMEN

LAPORAN KUSHEFF BADMINTON TOURNAMENT 2011 – WOMEN

Tempat: Indoor Court, Goodwin Sports Centre
Tarikh: 30 April 2011
Masa: 10.00 pagi – 1.00 petang

KUSheff Badminton Tournament 2011-Women telah diadakan buat julung-julung kalinya di Sheffield pada 30 April 2011. Penyertaan terbuka kepada semua wanita yang menetap di Sheffield dan dikenakan  bayaran sebanyak £2 seorang.
Objektif kejohanan ini dianjurkan adalah:
1.       Mengeratkan hubungan yang baik antara komuniti Sheffield wanita, baik pelajar ‘undergraduate’ mahu pun ‘postgraduate’.
2.       Menggalakkan interaksi yang sihat dan aktif dalam kalangan komuniti Sheffield, sama ada warganegara Malaysia mahupun bukan Malaysia.

Kejohanan ini telah dimulakan pada jam 10.00 pagi dan telah disertai oleh 12 orang pemain iaitu 6 pasangan beregu. Wakil dari komuniti Brunei Darussalam iaitu BruSheff juga turut mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Berikut adalah senarai peserta yang mengambil bahagian:

No.
Peserta
1.
Dk Nor Haslina Pg Osman
Nur Aainaa Mahmud
2.
Nurdalila Yahya
Nor Hamira Mohd Taib
3.
Nurul Hanira Mohd Zam
Munirah Abu Bakar
4.
Siti Nor Fatiha Haji Zaidin
Rauhah Alipudin
5.
Nurul Afiqah Nordin
Naztiana Omar
6.
Ezadora Najiha Mohamad
Nur Faridah Mohd Mazni

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 pasangan. Pemain perlu bermain 2 set dalam satu perlawanan. Jika seri, set ke-3 akan diadakan. Sistem pemarkahan yang digunakan adalah liga, di mana juara kumpulan A akan bertanding dengan naib juara kumpulan B dan juga sebaliknya. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga menerima hadiah berupa ‘medal’ manakala hadiah saguhati diberikan kepada yang tidak berjaya.

Aktiviti tamat pada jam 2.00 petang  dan diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada setiap peserta oleh Presiden KUSheff, Saudari Nur Shazana Tukirin. Secara keseluruhannya, kejohanan badminton ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dari komuniti Sheffield. Pihak KUSheff memperoleh tindak balas positif daripada para peserta dan mereka berbesar hati untuk menyertai aktiviti sukan seperti kejohanan badminton ini lagi pada masa akan datang.

Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kejohanan badminton tersebut:












Laporan disediakan oleh:
Syaheeda Mohd Ghazali
Liaison and Media Officer
KUSheff 2010/2012