Amanat Presiden




Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas limpah dan kurnianya serta inayahnya serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, maka dapat kita bersua dalam blog Kelab UMNO Sheffield (KUSheff) ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Sheffield kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui Kelab UMNO Luar Negara Sheffield ini seperti yang diwar-war kan dalam menifesto saya iaitu 'Berusaha untuk pembaikpulihan kebajikan dan kualiti bangsa Melayu di UK, khasnya Sheffield'. Itulah matlamat saya dalam waktu saya yang sedikit ini untuk dicapai bersama kelab UMNO ini. Saya mengharapkan 'penyatuan' antara  komuniti-komuniti 'Undergrade' dan 'Postgrade' Sheffield ini dapat di realisasikan dengan adanya aktiviti-aktiviti dan pengisian yang berbentuk akademik mahupun riadah tanpa melupakan tujuan asal kita ke bumi United Kingdom ini.

Dengan ini saya menyeru agar seluruh warga Sheffiled dapat bersatu dalam membentuk masyarakat melayu yang berjaya. Gunakanlah keintelektualan yang kita perolehi di sini dengan sebaiknya. Akhir kata dari saya, janganlah kita berani untuk berbicara tentang Alif Ba Ta (AGAMA, BANGSA dan TANAH AIR) jikalau komuniti kita yang kecil ini pun tidak mampu untuk bersatu.

InsyaAllah, dengan bantuan dan kerjasama yang menyeluruh dari semua pihak, saya amat berharap agar kita di KUSheff dapat bangun dan mengubah segala perspektif yang negatif kepada kelab dan juga pentadbiran negara serta sekaligus memulihkan kembali imej dan nama baik kelab ini demi kemajuan masyarakat Melayu di Sheffield.

Sekian, wassalam.




"MARTABAT - BANGSA - GEMILANG"



Presiden Kelab UMNO Luar Negara (Sheffield),
Nur Shazana Binti Tukirin
+44(0)7516387900
owenana02@yahoo.com


Untuk maklumat lanjut mengenai KUSheff 2010/12:
Blog I: http://kusheffield.wordpress.com/ (Lama)
Blog II: http://kelabumnosheffield.blogspot.com/ (Baru)
Kelab UMNO Luar Negara (KULN): http://www.kelab-umno.com/index.php