Peranan KUSheff


Kelab UMNO Sheffield (KUSheff) berperanan untuk:

  1. Mendukung dan mempertahankan kedaulatan negara, Perlembagaan Negara dan Raja  Berpelembagaan
  2. Mempertahan, menegak dan mengembangkan agama Islam di samping menghormati prinsip kebangsaan beragama
  3. Merapat dan menyatupadukan masyarakat Melayu atau Bumiputra di luar negara bagi membela dan memperjuangkan kepentingan dan masa depan bangsa Melayu atau Bumiputra.
  4. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berasaskan Kebudayaan Melayu.
  5. Merapatkan hubungan dan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu.
  6. Menjalankan segala bentuk aktiviti untuk menjaga kebajikan masyarakat Melayu dan Bumiputra khasnya dan masyarakat Malaysia amnya di luar negara.
  7. Mengadakan kerjasama dengan Organisasi-Organisasi lain yang mempunyai cita - cita dan tujuan-tujuan yang selaras dengan Kelab.